Saturday 26 November 2011

Penubuhan MARSIS cawangan sarawak


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah..Pada tarikh 21 november 2011 bersamaan 23 Zulhijah 1432H,Markas Siswa Siswi Islam Sabah(MARSIS) cawangan Sarawak telah pun ditubuhkan bertempat di Politeknik Kuching Sarawak. 

Markas Siswa Siswi Islam Sabah atau ringkasnya MARSIS adalah untuk mengumpulkan Siswa dan Siswi islam kelahiran bumi dibawah bayu yang menuntut  di perantauan iaitu luar daripada negeri sabah.
Dengan adanya MARSIS,anak-anak kelahiran sabah ini tidak akan terabai dinegeri orang. 

Selain daripada itu,MARSIS juga dapat mendidik siswa siswi islam kelahiran sabah untuk mendalami islam dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang diadakan. Diharapkan dengan adanya MARSIS cawangan sarawak ini, siswa dan siswi islam kelahiran sabah ini tidak akan terbabas daripada landasan sebenar. Jangan sampai Anak-anak harapan bumi dibawah bayu ini mengalami "KEJUTAN BUDAYA " dan lupa matlamat mereka berada diperantauan.

Waallahualam...Wassalam.


Under Construction