Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Selamat menempuh TAHUN BARU dengan aura kehidupan yang lebih baik.
Seperti yang kita sedia maklum, di bumi semenanjung Malaysia, 2012 disambut dengan pelbagai aktiviti yang sangat bermanfaat untuk masyarakat umum dan sangat-sangat berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Tapi saya tertanya-tanya, bagaimana pula dengan keadaan bumi Sabah ku yang ku CINTA? Apakah program-program disana berbentuk mendidik jiwa? Atau semata-mata hiburan sahaja?
Oleh itu, kami diperingkat pimpinan Markas Siswa Siswi Islam Sabahyang bertapak dibumi semenanjung Malaysia menyeru kepada mahasiswa Sabah yang berada di akhir semester 2012, jangan lupa untuk pulang berbakti kepada tanah tumpah darah kita sendiri. Saya berdoa moga kita dapat lakukan sesuatu sekembalinya kita ke bumi Sabah. Harapan SABAH itu sangat besar dan berada dipundak kita selakugenerasi bakal pemimpin!
Selain itu, berhubung isu yang berlaku di UPSI, kami di peringkat pimpinan MARSIS mengecamsebarang unsur penindasan dan kezaliman yang telah dilakukan ke atas mahasiswa tersebut. Kecederaan yang telah dilakukan oleh pihak tertentu adalah melampau dan melebihi batas hak kebebasan suara yang telah diberikan kepada setiap warganegara Malaysia. Pada pandangan saya secara peribadi, tindakan ini sungguh biadab dan tidak bertanggungjawab! Kami sangat berharap agar pihak yang terlibat dalam menangani dan menguruskan kes ini mengambil tindakan segera. Kami bersama-sama mereka yang sanggup memperjuangkan isu-isu dan masalah-masalah mahasiswa diperingkat nasional.
Menyentuh isu “Kebebasan Akademik” yang sedang diperjuangkan secara serius diperingkat mahasiswa. Kami, sebagai mahasiswa berpendapat, ia perlu diberikan kepada mahasiswa dalam kerangka yang strategi ( pendekatan secara keseluruhan yang berkaitan dengan pelaksanaan dan perencanaan ) sebagai satu dimensi baru dan medan percambahan idea anak muda. Kita semua sudah maklum bahawa sekatan pada mahasiswa hanya akan menjadikan mereka bertindak agresif apabila ruang dan peluang mereka ditutup. Seharusnya pihak kerajaan lebih bersikap memantau bukan menyekat. Ketahuilah bahawa buah fikiran mahasiswa cerminan masa depan negara.
Akhir sekali, seluruh barisan pimpinan MARSIS mengucapkan SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN penggal separuh akhir kepada seluruh MAHASISWA MAHASISWI ISLAM SABAH yang berada di seluruh Malaysia dan Luar Negara!
SUMBER DARIPADA : http://family-marsis.blogspot.com/2012/01/2012-aura-baru-mahasiswa.html
No comments:
Post a Comment